top of page
Search

Peranan Pegawai Perhubungan Industri & Alumni

  • Writer: Admin
    Admin
  • May 5, 2017
  • 1 min read

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB (PPIA)

Sebelum Latihan Industri

  • Melaksanakan takwim latihan industri

  • Mengemaskini data pelajar

  • Menyediakan Borang Maklumat Pelajar (BMP), Surat Pemohonan Penempatan Latihan Industri, Borang Jawapan Penerimaan Pelajar (BJPP), Surat Penempatan (Pelajar) dan Surat Penempatan Pelajar (Syarikat).

  • Mengadakan Taklimat Latihan Industri 1 dan Taklimat Latihan Industri 2

  • Menerima senarai nama pelajar yang layak latihan industri daripada Unit Peperiksaan

  • Mengeluarkan surat arahan penempatan latihan industri kepada pelajar dan industri

  • Menghantar surat arahan penempatan latihan industri kepada pelajar dan industri

  • Mengadakan taklimat kepada Pensyarah Penilai berkaitan panduan penyediaan dan semakan Laporan Akhir Latihan Industri.

Semasa Latihan Industri

  • Menerima dan memfailkan pengesahan lapor diri pelajar dari tempat latihan industri

  • Menyediakan jadual lawatan penyeliaan latihan industri

  • Menyediakan Surat Pelantikan Pensyarah Penyelia

  • Menyediakan Surat Lawatan Penyeliaan latihan industri untuk industri

  • Menyediakan Borang Penilaian Latihan Industri dan Borang Penilaian Tempat Latihan Industri (Pensyarah Penyelia).

Selepas Latihan Industri

  • Menyerahkan senarai nama pelajar yang tamat latihan industri kepada Unit Hal Ehwal Pelajar dalam masa seminggu selepas pelajar tamat latihan industri pada sesi semasa

  • Menyediakan keputusan latihan industri

  • Membentangkan keputusan latihan industri dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Kolej

  • Menyediakan laporan keseluruhan penempatan dan penilaian pelajar latihan industri kepada Bahagian Kolaborasi Dan Keusahawanan (BKK)

  • Melaksanakan tindakan pencegahan, pembetulan dan penambahbaikan ke atas pencapaian objektif latihan industri

  • Menyediakan sijil tamat latihan industri yang dikeluarkan oleh pihak kolej kepada pelajar yang tamat latihan.


 
 
 

Comments


Entri Pilihan
Entri Terkini
Arkib
bottom of page