top of page

Peranan Pelajar

PERANAN PELAJAR

Sebelum Latihan Industri

  • Taklimat latihan industri-Pelajar diwajibkan menghadiri taklimat Latihan Industri mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan oleh Unit Perhubungan & Latihan Industri (UPLI).

  • Pendaftaran latihan industri-Pelajar mengisi Borang Maklumat Pelajar

  • Buku latihan industri-Pelajar perlu mendapatkan Buku Laporan Harian

  • Tempat latihan industri-Tempat latihan industri memenuhi kriteria berikut:

• Jabatan kerajaan atau syarikat/firma swasta;

• Tempat latihan yang relevan dengan jurusan pengajian pelajar;

• Syarikat/firma yang berdaftar; dan

• Mempunyai alamat tetap dan boleh dihubungi.

  • Permohonan tempat latihan-Pelajar membuat permohonan tempat latihan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh UPLI

  • Pengesahan penerimaan tempat latihan-Pelajar atau syarikat/firma perlu menyerahkan Borang Jawapan Penerimaanpelajar sebelum tarikh latihan industri

Semasa Latihan Industri

  • Melapor diri di tempat latihan industri-Pelajar dikehendaki melapor diri di tempat latihan industri.

  • Dokumen semasa melapor diri-Dokumen berikut perlu dibawa oleh pelajar semasa melapor diri ke tempat latihan:

a. Surat Penempatan Latihan Industri; dan

b. Buku Laporan Harian.

  • Kegagalan melapor diri-Sekiranya pelajar gagal untuk melapor diri di tempat latihan industri pada tarikh dan masa yang ditetapkan, adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk memaklumkan kepada pihak majikan dan UPLI. UPLI boleh menangguhkan latihan industri pelajar sekiranya pelajar gagal melapor diri di tempat latihan dalam tempoh 1 minggu (7 hari) tanpa alasan yang munasabah.

  • Tempoh latihan industri-Tempoh bagi pelajar menjalani latihan industri adalah satu (1) semester (16minggu). Pelajar perlu maklum tentang tarikh melapor diri dan tarikh tamat latihan industri yang telah ditetapkan. Pelajar tidak dibenarkan membuat sebarang perubahan pada tarikh tersebut.

  • Tanggungjawab pelajar semasa di tempat latihan industri :

a. Pengesahan lapor diri

1. Menghantar Kad Pengesahan Lapor Diri yang telah disahkan oleh pihak majikan ke UPLI dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pelajar melapor diri di tempat latihan;

2. Perubahan alamat tempat tinggal / latihan industri; dan

3. Sebarang perubahan alamat tempat tinggal / latihan industri perlu dimaklumkan kepada UPLI melalui Kad Makluman Pertukaran Alamat.

b. Cuti

1. Pelajar dibenarkan memohon cuti daripada tempat latihan industri selama tujuh (7) hari sepanjang tempoh menjalani latihan industri.Permohonan cuti perlu mendapat kelulusan daripada tempat latihan industri;

2. Pelajar perlu mengisi borang cuti yang disediakan dan dikepilkan di dalam Buku Laporan Harian;

3. Pelajar wajib mengemukakan sijil sakit kepada tempat latihan industri dan satu salinan dikepilkan di dalam Buku Laporan Harian; dan

4. Pelajar yang bercuti tanpa kelulusan tempat latihan industri boleh diambil tindakan tatatertib.

c. Insuran

1. Pelajar dilindungi oleh insuran kemalangan diri berkelompok (maklumat lanjut rujuk kepada Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP), Kolej Komuniti);]

2. Polisi insuran yang dilindungi oleh insuran berkelompok hanyalah bagi kes kematian dan kehilangan kekal;

3. Sekiranya berlaku kes yang melibatkan tuntutan insuran, tindakan berikut perlu diambil:

Membuat laporan polis dalam masa 24 jam

Meminta majikan membuat aduan polis

Mendapatkan laporan doktor

Menghubungi pihak kolej komuniti dengan segera.

d. Penulisan Buku Laporan Harian

1. Catatan kerja dan aktiviti harian di tempat latihan industri hendaklah ditulis setiap hari.

2. Buku Laporan Harian perlu disemak dan ditandatangani oleh penyelia latihan setiap minggu.

3. Buku Laporan Harian hendaklah dikemukakan kepada pensyarah yang membuat lawatan penyeliaan.

e. Penulisan Laporan Akhir Latihan Industri

1. Laporan ini merupakan rumusan kepada keseluruhan kemajuan kerja yang dilalui oleh pelajar sepanjang tempoh latihan industri

2. Laporan ini perlu dihantar ke Unit Perhubungan & Latihan Industri setelah pelajar tamat mengikuti latihan industri.

Selepas Latihan Industri

  • Surat /Sijil Pengesahan Tamat Latihan Industri:

a. Pelajar hendaklah mendapatkan Surat / Sijil Pengesahan Tamat Latihan Industri daripada majikan sebelum menamatkan sesi latihan industri.

b. Salinan Surat/Sijil Pengesahan Tamat Latihan Industri hendaklah diserahkan kepada UPLI pada minggu terakhir (minggu 16) latihan industri.

  • Memastikan supaya penyelia di syarikat/firma melengkapkan laporan penilaian latihan dan diserahkan kepada UPLI; dan

  • Menghantar semua dokumen yang berkaitan kepada UPLI.


Entri Pilihan
Entri Terkini
Arkib
bottom of page