top of page

Peranan Penyelaras Latihan Industri Program

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB (PLIP)

Sebelum Latihan Industri

  • Membantu PPLI melaksanakan takwim latihan industri

  • Membantu PPLI mengemaskini data pelajar

  • Membantu PPLI menyediakan dan memfailkan Borang Maklumat Pelajar (BMP), Surat Pemohonan Penempatan Latihan Industri, Borang Jawapan Penerimaan Pelajar (BJPP) Surat Penempatan (Pelajar) dan Surat Penempatan Pelajar (Syarikat)

  • Membantu PPLI mengadakan Taklimat Latihan Industri 1 dan Taklimat Latihan Industri 2

  • Menerima dan memfailkan maklum balas penempatan pelajar dalam fail latihan industri Pelajar

  • Menerima senarai nama pelajar yang layak latihan industri daripada Unit Peperiksaan

  • Membantu PPLI menghantar surat arahan penempatan latihan industri kepada pelajar dan industri

  • Membantu PPLI mengadakan taklimat kepada Pensyarah Penilai berkaitan panduan penyediaan dan semakan Laporan Akhir Latihan Industri.

Semasa Latihan Industri

  • Menerima dan memfailkan pengesahan lapor diri pelajar di tempat latihanindustri

  • Membantu PPLI menyediakan jadual lawatan penyeliaan

  • Mengedarkan jadual penyeliaan, Borang Lawatan Penyeliaan Latihan Industri, Borang Penilaian Pencapaian Pelajar dan Borang Penilaian Tempat Latihan Industri kepada pensyarah penyelia

  • Menerima dan memfailkan Borang Lawatan Penyeliaan Latihan Industri dari Pensyarah Penyelia

Selepas Latihan Industri

  • Mengumpulkan dokumen-dokumen tamat latihan industri (Borang Lawatan Penyeliaan Latihan Industri, Borang Penilaian Pencapaian Pelajar, Borang Penilaian Tempat Latihan Industri oleh Penyelia di Industri dan Buku Laporan Harian Latihan Industri Pelajar)

  • Membantu PPLI menyediakan keputusan latihan industri

  • Membantu PPLI melaksanakan tindakan pencegahan, pembetulan dan penambahbaikan ke atas pencapaian objektif latihan industri

  • Membantu menyediakan sijil tamat latihan industri yang dikeluarkan oleh pihak kolej kepada pelajar yang tamat latihan


Entri Pilihan
Entri Terkini
Arkib
bottom of page