top of page

Peraturan Latihan Industri

Peraturan Latihan Industri

PERATURAN AM

  • Pelajar hendaklah memahami dan melaksanakan semua langkah, dan kehendak yang terkandung di dalam Garis Panduan dan Peraturan Latihan Industri yang berkaitan dengan pelajar.

  • Pelajar adalah terikat dengan segala peraturan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan peraturan di tempat latihan semasa menjalani Latihan Industri.

  • Pelajar hendaklah menjalani latihan industri di tempat latihan yang telah diluluskan.

  • Pelajar tidak dibenarkan menukar tempat latihan kecuali mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Perhubungan & Latihan Industri Kolej.

  • Pelajar hendaklah menjalani latihan industri mengikut tempoh yang ditetapkan.

  • Pelajar mestilah mematuhi jadual/program latihan industri yang telah ditetapkan oleh tempat latihan.

  • Pelajar tidak dibenarkan bercuti atau tidak menghadiri latihan industri tanpa kebenaran pihak tempat latihan.

  • Pelajar hendaklah menunjukkan sikap yang baik, berkelakuan sopan, berdisiplin diri, dan berbudi pekerti tinggi pada bila-bila masa semasa menjalani latihan industri.

  • Pelajar hendaklah menjaga nama baik dan juga tempat latihan setiap masa sepanjang tempoh menjalani latihan industri.

  • Pelajar tidak dibenarkan memalsukan sebarang dokumen yang berkaitan dengan program latihan industri.

  • Pelajar perlu mendapat kebenaran dari tempat latihan sekiranya ingin

  • mencetak/menyalin/mengeluarkan sebarang dokumen/maklumat tempat

  • latihan.

  • Pelajar tidak dibenarkan membocor sebarang rahsia tempat latihan.

  • Pelajar tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang harta benda tempat latihan tanpa kebenaran.

  • Pelajar tidak dibenarkan menggunakan apa-apa harta benda tempat latihan untuk tujuan peribadi.

  • Pelajar tidak dibenarkan mencemar nama baik pegawai/kakitangan di tempat latihan.

  • Pelajar tidak dibenarkan terlibat dengan kegiatan jenayah atau politik semasa menjalani latihan industri.

  • Pelajar hendaklah memaklumkan pihak UPLI, dan pihak tempat latihan sekiranya mengalami masalah kesihatan yang boleh memudaratkan pelajar semasa menjalani latihan industri.

  • Pelajar yang melanggar mana-mana peraturan yang ditetapkan oleh kolej komuniti KPT atau tempat latihan boleh diberhentikan daripada tempat latihan serta dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak kolej komuniti KPT.


Entri Pilihan
Entri Terkini
Arkib
bottom of page